Pages

July 17, 2009

Cerita Rakyat : Pak Pandir

CERITA 1
PADA SUATU HARI PAK PANDIR MEMBELI BEBERAPA EKOR IKAN KELI DI PASAR BORONG DI PEKAN.APABILA PULANG KERUMAH DIA MENYURUH MAK ANDIH MENYIANG IKAN TERSEBUT. KETIKA SEDANG MENYIANG......

MAK ANDIH: OI BAPAKNYA!MACAM MANA NAK SIANG IKAN NI? HIDUP LAGI NI

PAK PANDIR: APA YANG SUSAHNYA TU MAK ANDIH?

MAK ANDIH: NAK KETUK KEPALA IKAN SADIS PULAK.

PAK PANDIR: TU PUN NAK DIKECOHKAN.MAKNYA RENDAM SAJA IKAN TU DALAM AIR.KASI LEMAS IKAN TU.SEKEJAP LAGI MAMPOS LA TU.

MAK ANDIH: ???

====================================================================


CERITA 2
1 hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

+Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

-Waaa pelik ni Pak Pandir.. cuba cerita kat kami...

+5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...

-dengan apa Pak Pandir tandakan? tanya wartawan....

+dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir


====================================================================

CERITA 3
Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.

Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.

Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir.

Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yg dijual kedalam traknya.

Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu pembeli tersebut,

Pandir : "Minta maaf En! saya tak jadilah jualkan kepada en. durian2 ini."

Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya... saya bayarlah kesemuanya!"

Pandir : "Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?"

====================================================================

CERITA 4
satu hari Pak Pandir dipanggil ke sekolah kerana anaknye telah didapati meniru didalam peperiksaan..

CIKGU: ANAK PAKCIK TELAH DIDAPATI MENIRU SEORG MURID YG BERNAMA FAIZAL SEWAKTU MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN TADI...

PAK PANDIR: APA BUKTINYA CIKGU KATA ANAK SAYA MENIRU?

CIKGU: OK, UTK SOALAN 15, FAIZAL TELAH MENJAWAB "SAYA X TAHU"

PAK PANDIR: OH! TAPI ITU BLM CUKUP BUKTI MENGATAKAN ANAK SAYA MENIRU, CIKGU....

CIKGU: BETUL TU PAKCIK, TAPI ANAK PAKCIK TELAH MENJAWAB " KALAU FAIZAL TAK TAHU, SAYA LAGI LAH TAK TAHU"...

====================================================================

CERITA 5
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas.

Tapi dia tu masih konpius sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik."
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.

Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit..."MEMANG BETUL TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"

====================================================================

CERITA 6
Suatu hari Pak Pandir bersiar-siar dgn kereta barunya...

Dia telah berhenti di sebuah stesen minyak utk mengisi minyak. Malangnya dia telah kehabisan wang utk membeli minyak.

Dia pun pergi ke kedai menjual kereta lalu menjual keretanya.

"Nah, dapat pun aku duit untuk membeli minyak..."

No comments: