Pages

March 17, 2012

0 ΣxPression
KILLING ME SOFTLY WITH THIS NEW SEMESTER

ㅎㅅㅎ ... 
ㅜ____ㅜ ... 
ㅠ. ㅠ ...

파이팅!!

January 25, 2012

Teka teki Imam Al-Ghazali

0 ΣxPression
Soalan Pertama:

Imam Ghazali " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 : " Orang tua "
Murid 2  : " Guru "
Murid 3  : " Teman "
Murid 4  : " Kaum kerabat "


Dapat teka? APA jawapan anda??
Jawab Imam Ghazali :
" Semua jawaban itu benar Tetapi yang paling dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Soalan Kedua:

Imam Ghazali  "Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1  " Negeri Cina "
Murid 2  " Bulan "
Murid 3  " Matahari "
Murid 4  " Bintang-bintang "

Dapat teka? APA jawapan anda??
Jawab Imam Ghazali :
" Semua jawaban itu benar Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

December 15, 2011

Pesanan Rasullullah sebelum tidur

0 ΣxPression
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat  perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan  memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan  kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

November 07, 2011

Ganjaran buat si pemaaf

2 ΣxPression
RENUNGAN

Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?"

Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .

Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!,"

Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan :
"Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang
dapat aku berikan kepada saudara ini,"

October 08, 2011

Kelebihan sujud

0 ΣxPression


Sujud membantu dalam melegakan sistem pernafasan.  MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar  mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

July 19, 2011

Gejala ketika berpuasa

0 ΣxPression
Salam 'alaikum. Rasa sekejap je bulan Rejab, kini Syaaban dan tak lama lagi muncullah Ramadhan. Wahh..Rasa macam tak percaya je. Insya-Allah moga-moga diberi kesempatan untuk memperbaiki dan menambah amal setiap masa. Insya Allah!


Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulitkering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin jugakerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakitkepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahakserta lendir dan keputihan.Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

June 20, 2011

Izinkan Ku Bahagia

0 ΣxPression
Penulis : Leeya Myra
Penerbit : Alaf 21 Sdn. Bhd.
Mukasurat : 492
Baca sinopsis >>> DI SINI


Ulasanku :

Ada tiga watak penting dalam novel ni : Zafir, Nadya dan Soraya. Ok lah novel ni, tak ada masalah yg kompleks sangat dan tak banyak konflik dan jalan cerita yg 'straight to the point'. Tak ada yg pusing sana pusing sini, dengki sana dengki sini. Tak ada rasa "sakit hati" bila baca. Hahah. Kalau nak tahu, Soraya merupakan seorang guru yg pernah mengajar Zafir dan Nadya. Tapi Zafir dalam diam menaruh perasaan terhadap cikgu Soraya ni. Sehingga la selepas 10 tahun, mereka bertiga ni berjumpa semula. Masing-masing nak mencari dan mentakrifkan apa itu erti bahagia. Apa itu bahagia??

Saya pun nak mencari bahagia lah ^^

Ku beri :



June 15, 2011

Which tree are you?

0 ΣxPression
Sekadar suka2..ke- 5! 



Rayyan Fantasi

0 ΣxPression
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn. Bhd.
Mukasurat : 550

Baca sinopsis >>> DI SINI

Ulasanku :

Yay! Another book..finished! 
Masa baca buku ni memang berfantasi lah! Saya paling suka babak pertempuran di Yuk'kaa. Novel ni memang fiksyen habis atau lebih tepat lagi..Sains fiksyen. Ade unsur Star Wars (tembak2 guna laser) + Avatar (fantasi ttg Yuk'kaa) + Harry Potter (lebih kurg mcm 1st time harry jumpa voldemort dlm philosoper stone dgn asap2 hitam tuh) dan tak lupa juga Dragon Ball (kapsul + super saiya dtg bumi)! Awal-awal penceritaan penuh misteri dan banyak teknik imbas kembali (flashback) yg digunakan. Tapi best lah! Huhu. Epilog cerita ni membawa satu persoalan tentang misteri Jajahan Karuh tu...mcm ada sambungan je bunyinya! Adakah? Adakah?!


Ku beri :

side note yg tiada kene mengena dgn tajuk post (>_<) :
ahad lepas ter'miss' DB gara2 masih di Kelantan. Gahhh. Saya nk tau mcm mana Bezita jumpa Kakaroct dekat bumi! Dah byk kali tgk pun eps tu jugak yg terlepas. Ada komik pun, volume tu jugak yg xde dalam simpanan. Yg ada pun terus2 dorg jumpa fliza kat planet nameck tu. Wuuu..nak tengok!! (>_<)

June 03, 2011

Cinta Sufi

2 ΣxPression
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn. Bhd.
Mukasurat : 509

Baca sinopsis >>> DI SINI


Ulasanku :

~Sekali ku rebah...sejuta kali kubangkit!

Saya dah habis baca novel ni.. hari ni (^-^)

Sekali lagi penulis telah berjaya membuatkan saya rasa seronok mengikuti pengembaraan Laksamana Sunan! Sangat menarik I tell you! Best sangat2! Pada saya, berbanding dengan novel yg sebelum ni, Cinta Sufi kali ni banyak dimasukkan elemen-elemen berat sejarah peperangan pada tahun 1511 di Melaka dan plotnya sangat sangat sangat adventurous! Jujurnya, saya ambil masa yg agak lama nak habiskan novel ni sebab selang 3 atau 4 bab saya berhenti. Saya perlu relakskan minda saya sebab citer ni memerlukan imaginasi yg tinggi umpama kita tengok movie perang terutama peperangan di Hulu Melaka! Tapi setiap perjalanan pun mmg best! Perjalanan yg menuju iman dan takwa...mmg tak dinafikan byk halangan dan rintangannya. Alangkah seronoknya kalau mendapat hikmah dari-Nya seperti watak Catalina..dan pengakhiran novel ni menyebabkan saya perlu segera mendapatkan Sutera Bidadari (siap ada promo vdo lagi.. klik kat nama buku tu utk tengok) !!! Dan saya tersangat-sangat la rekomen novel ni kepada semua. Tapi..AMARAN : Sebelum baca buku ni kenalah mula dari Bagaikan Puteri dulu kalau tak nanti tak faham. Ala-ala epik Lord of the Ring dan Harry Potter tu..(yg mana sampai skrg pun sy tak berapa faham sbb tgk movie je, tak bace bukunya)


Ku beri :