Pages

November 07, 2011

Ganjaran buat si pemaaf

RENUNGAN

Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?"

Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .

Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!,"

Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan :
"Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang
dapat aku berikan kepada saudara ini,"


Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku
sebagai gantinya!,"

Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang
yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya :


"Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,"Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,"

Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan
gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok
,"Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?,"

Maka dijawab ALLAH S.W.T :"Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !,"

Maka kata si penuntut "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang
amat hebat itu?,"

Maka dijawab ALLAH S.W.T ,"Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang
telah menzalimimu.

Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"

Firman ALLAH S.W.T :"Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim,".

2 comments:

Cty119 said...

kak long,sy on blog kembali..more to diari motivation..huhu :)

ShaNa said...

that's good to hear =)