Pages

May 23, 2011

Aku Bukan Untukmu

Assalammualaikum. Selamat sejahtera semua ^^
Ok. Setelah bernasyid, mari kita membaca pula.

Penulis : Zuriani Mustaffa
Penerbit : Buku Prima Sdn. Bhd.
Muka surat : 688
Baca sinopsis >>> DI SINI

Ulasanku : 

Buku ni mula saya dapat kalau tak silap, tahun lepas. Kakak sy hadiahkan utk saya. Semalam baru saya habis baca. Yay. Akhirnya!

Pada permulaan cerita, boleh dikatakan agak menarik kerana si suami, Khidir dalam diam telah menduakan isterinya, Sameera. Buku ni ada banyak watak! Dan semua watak2 tu bersangkut-paut. Cuma lama kelamaan jalan ceritanya macam hambar sikit dan meleret-leret sy rasa. Byk jugak la sy skip2. Walaupun saya baca langkau2, sy masih boleh faham keseluruhan jalan cerita. Sy jugak rasa awal-awal tu banyak repetisi tentang masa lampau mak Mujahiddin. Saya rasa keypoint keseluruhan cerita ni ada pada rahsia yg mak dia simpan. Itu je sebenarnya. RAHSIA!! Jalan cerita yg sebelum-sebelum tu, yg sebelum rahsia terbongkar, sebenarnya pd saya, rasa tak perlu sangat sebab ianya membuatkan jalan ceritanya, mcm yg saya cakap, meleret-leret. Lambat.

Disebabkan mak Mujahiddin asyik mengulang2 sama ada "patut ke dia bongkarkan kejadian yg menimpa dirinya pd malam tu" membuatkan senang je nak teka apa yg berlaku, sekaligus menyebabkan suspens tu hilang sebenarnya. Ayat macam tu menyebabkan kita boleh agak. Cuma kita tak tahu macam mana rahsia tu akan dibongkarkan. Oleh itu, itu adalah part yg ditunggu-tunggu. Tapi paling mengecewakan... cara rahsia tu dibongkarkan, macam tu aje...hurm (-.-)

Keseluruhan...Bukunya tebal, cuma isinya...tak begitu kuat. Maaf..this is from my POV. Btw, terima kasih kat kakak saya sebab berikan buku ni sebagai penambah koleksi novel-novel sedia ada (^.^)


Ku beri : 
 


No comments: