Pages

March 05, 2011

Thai Dramas


Orite. Post yg sebelum ni sy ade story pasal cerita Leard Kattiya tapi sy delete sbb nak citer lagi sekali kat sini =P. Sy nak citer tentang drama2 Thai atau mereka panggil 'lakorn'. Mostly cerita Thai yg sy tengok, aktornya mestilah Tik Jesdaporn Pholdee (^_^) Korang nak sebut Tik boleh, Pholdee boleh, tapi..! 'Porn' tak boleh! Tau2 la kenapa ye. Lakonan P'Tik ni sentiasa menjadi. Cerita dia yg setakat sy tengok pun menarik.! Sy akan bagitau kenapa.Okeyh. Boleh mula listing :

1. SODA KUB CHAYEN (Soda & Ice Tea)


Citer ni mengisarkan seorang lelaki bernama Pathaya yg bersifat 'playboy'. Satu hari, girlfriend dia, Posh mintak break-up so nak make sure saham tetap maintain dia pergi join satu Match-making company nih. Di situlah dia telah 'berjodoh' dengan Atom, seorang prof. yg pemalu. Atom ni pulak join match-making stuff ni sebab dia tak mau kahwin dengan laki pilihan mak ayah dia yg juga seorang prof. (dorky type) .Kiranya family dia ni sukakan orang yg berpelajaran supaya cocok dengan anak dia. Disebabkan latar belakang dorang ni yg bagaikan langit dengan bumi bezanya, dorang terpaksa transform jadi 'menantu idaman' keluarga masing2.  Atom ni terpaksa transform jadi ala-ala model gitu. Pathaya pulak jadi nerd yg konon2 ade byk PhD! Di situlah bermula part kelakar dlm citer ni. Lawak giler waktu dia 'cipta' nama2 enzyme kat depan family Atom! Bila Posh tau Pathaya tu ada gf baru, mula la dia tergedik-gedik balik. Ah, menyampah mak, nyah! LOL. Lagi satu, ost dia pon boleh tahan. Opening je dah bunyi kelakar.



2. ROY LEH SANAE RAI (Fox & Sugar Cube)

Citer ni pulak pasal seorang lelaki yg bernama Kongpop, anak orang kaya yg telah kematian ayah. Tapi dia bukan kesah sangat pun sebab dia nak harta je. Malangnye, dalam wasiat ayah dia, lebih separuh harta diberikan kepada seorang perempuan yg dia tak kenal, iaitu Namneng (gosh, sy masih ingat name dia..selepas sedikit research =p). Namneng tu tak tau apa2 pun pasal wasiat tu. Jadi, si Kongpop pun merancang sesuatu utk dapatkan balik harta yg sepatutnya milik dia. Bermula kisah suka dan duka dalam hidup Namneng setelah dia mula berkenalan dengan Kongpop.

Watch Online:
Complete eps w/o eng sub




3. LEARD KATTIYA (The princess)


Sekali lagi! Gandingan yg paling ideal la. I like you soo much la P'Aom and P'Tik.
Citer ni bermula dengan peperangan di antara negeri Yasothorn dengan Kemarat sehinggalah perjanjian damai dicapai. Lahirlah pewaris-pewaris takhta di kedua negeri. Puteri Dara, pewaris ketiga takhta setelah Raja Yasothorn (ayah dia) mati diracun sementara Anothai adalah anak kepada bekas tentera Yasothorn yg sgt berjasa. Puteri Dara ni sgt licik dan nakal. Satu hari dia bosan, dia pun lari keluar dari istana, dayung2 sampan, tibe2 hujan lebat menyebabkan dia hampir2 mati lemas kat laut. Di situlah dia mula berkenalan dengan Anothai tapi dia tak pernah bagitau Anothai yg dia adalah seorang puteri tetapi adalah anak kepada dayang di istana. Konflik berlaku bila putera negara Kemarat merancang nak rampas kawasan Yasothorn tetapi dah mula terpikat kat Dara. Endingnya sedih woo...Isk

Watch Online :
Complete eps w/o eng sub




4. KAEW TAH PEE


Walaupun Tik tak berlakon dengan Aom seperti yg sy dan fans lain harapkan, citer ni bole dikatakan sweet romantic. Tak kenal maka tak cinta. Tapi ini bukan citer yg gaduh2, benci2, last2 jatuh cinta. No no..
Seorang lelaki yg diberi nama Chisanu adalah seorang yg kaya raya tetapi dia ni cacat penglihatan aka buta. Satu hari time Chisanu jalan2 dengan tongkat dia, dia hampir2 tertolak seorang perempuan yg cuba nak bunuh diri kat tepi jambatan sebab putus cinta kot. Entah macam mana, dia tak jadi bunuh diri sebaliknya dia pun membantu la si buta ni pergi balik rumah tp dia tak tau yg laki tu org kaya (saya tak ingat nama watak perempuan -.-"). Entah mcm mana lagi, mereka berkahwin sbb Chisanu da jatuh cinta dengan hati murni  perempuan tu. Lepas da kahwin, dorg pegi France utk buat eye surgery tp takde sorg pun yg tau kecuali Chisanu sendiri yg dia sebenarnya da boleh melihat but pretend that the surgery has failed. Haaa part lepas tu yg best! Dia buat camtu sebab nak uji isteri dia sendiri sama ada isteri dia tu cintakan dia atau harta dia. Tapi rumah tangga dorg ni teruji bila ex-gf Chisanu ni ngada2 nak kat dia balik. Ah, mak menyampah lagi, nyah!


Ada lagi citer2 lain macam Fun Fueng, Nang Sao Jing Jai Kub Nai San Dee, menarik jugak tapi time sy tengok tu xde Eng sub so tak faham sangat. Yg no. 1, 2 dan 3 semua ada disiar di negara kita kecuali Kaew Tah Pee, yg itu sy download. Thanks kepada subbers citer tu! 

 

2 comments:

hanimun said...

semua link da mati....sy da trlambat....huhuhu....sedih nyer....dlu xpandai main internt sbb bdk2 lg....bila da besar.....da pndai.....xder da cter nie....nk tgk cter.....best nie.....

ShaNa said...

eh yela semua link da mati..hv to remove all the dead links =( sy cuma ada copy fox n sugar cube je tp low quality...