Pages

September 04, 2009

Kelebihan Ramadhan

Pd bulan ini dilipat gandakan pahala org yg berbuat kebajikan, bulan pelupusan dosa bagi org yg meminta ampun.

Kelebihan beribadah di bulan Ramadhan :
o- Beribadah sunnah di bulan Ramadhan pahalanya sama dgn pahala mengerjakan ibadah fardhu (wajib) di bulan lain.
o- Mengerjakan ibadah fardhu di bulan Ramadhan pahalanya sama dgn pahala mengerjakan ibadah tujuh puluh fardhu di bulan lain.

Amalan-amalan pd bulan Ramadhan :

(A) Mengerjakan ibadah puasa

-perkara-perkara yg membatalkan puasa ialah apabila:

i. Memasukkan benda-benda ke dlm rongga dgn sengaja.
ii. Muntah dgn sengaja.
iii. Mengeluarkan mani dgn sengaja.
iv. Haid.
v. Bersetubuh. Selain membatalkan puasa, bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan ada hukum tersendiri yakni membayar kifarat.
vi. Murtad.
vii. Gila.

-puasa yg sia-sia apabila:

i. Berdusta (bohong).
ii. Ghibah (menyebut kejelekan org lain)..
iii. Memaki-maki,mencaci,zalim,mengucapkan kata-kata keji dll.

-sunat-sunat puasa :

i. Makan sahur walau sedikit
ii. Melewat-lewatkan sahur selama belum terbit fajar (sebelum imsak)
iii. Menyegerakan berbuka apabila tlh nyata masuk waktu berbuka. Lebih sunat berbuka dgn kurma selain drpd air.
iv. Membaca doa berbuka ketika berbuka puasa.
v. Mengelakkan makanan dan minuman yg syubahat.
vi. Menahan diri dari menuruti kemahuan hawa nafsu pd perkara yg mubah.
vii. Memperbanyak sedekah.
viii. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
ix. Meninggalkan perkara-perkara yg tiada manfaat baginya.
x. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
xi. Menyediakan makanan utk berbuka bagi org yg berpuasa.
xii. Memperbanyakkan iktikaf.
xiii. Bersiwak.

(B)Sembahyang tarawih
-zikir pada setiap lepas dua rakaat
-doa setiap lepas dua rakaat solat tarawih

(C) Sembahyang witir

(D)Iktikaf (diam dlm masjid dgn niat utk beribadah yg masanya lebih lama dari thuma’ninah)

-cara mengerjakan iktikaf :

i. Niat iktikaf krn Allah sebaik shj memasuki masjid
ii. Berdiam diri dlm masjid, dgn itu saja sudah memperolehi pahala apalagi kalau disertai dgn sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir atau berdoa.
iii. Mengelakkan diri dari perkataan-perkataan yg tiada manfaat.
-sewaktu beriktikaf hendaklah suci dr hadas besar.

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar adalah suatu mlm pd salah satu di antara malam-malam bulan Ramadhan, pd mlm itu permulaan turunnya Al-Quran.

Keistimewaan mlm Lailatul Qadar :
i- Malam ini hanya diberikan Allah kpd umat Nabi Muhammad s.a.w saja dan tdk pernah diberikan kpd umat-umat sebelumnya.
ii- Mlm itu sama dgn seribu bulan. Maksudnya org yg beribadah bertepatan pd mlm itu memeperolehi pahala seperti beribadah 1000 bulan (84 thn 4 bulan), adalah suatu jumlah yg ssh utk dicapai kerana jarang manusia yg beribadah selama itu krn keterbatasan umur manusia itu sendiri.
(iii) Mereka yg beribadah pd mlm itu akan diampunkan dosanya yg tlh lalu dan yg akan datang oleh Allah s.w.t

Waktu Lailatul Qadar & cara beribadah di dlmnya :

• Malam-malam yg paling diharapkan utk Lailatul Qadar adalah pd mlm-mlm 10 akhir bulan Ramadhan krn pd mlm-mlm itu Rasulullah lebih rajin dari biasanya dgn beriktikaf atau ibadah lainnya semalaman dan menyuruh keluarganya berbuat demikian juga.
• Sebahagian ulama berpendapat bhw yg lebih diharapkan waktu Lailatul Qadar adalah pd malam-malam ganjil 10 iaitu mlm ke 21,23,25,27 dan 29.
• Mereka yg ingin mendapatkan Lailatul Qadar, hendaknya berjaga-jaga dan bersungguh-sungguh pd malam-malam spt disebutkan di atas dgn iktikaf, sembahyang mlm, membaca Al-Quran, berzikir atau berdoa.

Tanda-tanda Lailatul Qadar :
-Hujan tidak turun pd malamnya.
-Panas matahari pd keesokan harinya berkurangan sedikit.
-Cahaya matahari pd esok paginya putih tdk bercahaya & kelihatan agak mendung sedikit.
-Perasaan pd waktunya (waktu Lailatul Qadar) tenang dan tenteram.

Nuzul Quran

Nuzul Quran ialah peristiwa pertama kali turunnya Al-Quran kpd Rasulullah s.w.t. Peristiwa ini terjadi pd 17 Ramadhan di waktu Rasulullah s.a.w menyendiri di dlm Gua Hira’. Pd haribulan itu Malaikat Jibirl dtg kpd Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan wahyu Allah.

Jibril menyuruh Nabi yg sdg beribadah di gua Hira’ itu agar membaca. Tapi rasulullah menjawab, “saya tdk pandai membaca.” 3 kali Jibril menyuruh Nabi membaca, namun Nabi tetap menjawab yg sama. Kemudian Jibril membacakan surah Iqra’ kpd Rasulullah itulah wahyu pertama turun.

Kecenderungan para ulama’ akan mlm pertama turunnya Al-Quran kpd Nabi Muhammad s..a.w pd 17 Ramadhan.

Nasihat berkenaan bulan Ramadhan :
1. Berpuasalah dgn penuh iman dan harapan kpd Allah, agar Allah mengampuni dosa-dosa kita yg tlh lalu.
2. Elakkan dr tdk berpuasa di bln Ramadhan tanpa uzur krn yg demikian itu merupakan dosa besar.
3. Bangunlah di mlm Ramadhan utk mengerjakan solat tarawih dan tahajjud terutama sekali di saat-saat mlm yg terjadinya Lailatul Qadar agar Aallah mengampuni dosa kita.
4. Usahakan makanan, minuman dan pakaian kita dari brg yg halal agar Allah menerima ibadah kita, mengabulkan doa kita. Jgnlah berpuasa dari perkara halal tp berbuka dgn perkara yg haram.
5. Hendakllah mengajak (menyediakan) buka utk org yg berpuasa agar memperolehi pahala seperti mereka.
6. Jagalah solat 5 waktu pd waktunya dgn berjemaah agar memperolehi pahala yg semaksima mungkin.
7. Perbanyaklah bersedekah, krn seutam-utma sedekah adalah di bulan Ramadhan.
8. Jgnlah mensia-siakan masa tanpa membuat amal yg baik, krn kita akan ditanya tentang masa yg disia-siakan itu.
9. Usahakan mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadhan itu krn umrah di bulan Ramadhan, pahalanya mengimbangi haji.
10. Berusahalah utk menambah kekuatan di waktu berpuuasa siang hari dgn mengakhirkan sahur.
11. Segeralah berbuka apabila tlh nyata masuk waktu berbuka agar kita memperolehi kecintaan Allah.
12. Usakan mandi junub sebelum fajar agar dpt melaksanakan semua ibadah dlm keadan suci dan bersih.
13. Jagalah lidah dr berckp bohong, mengutuk dll krn akan mengurangi pahala puasa.
14. Perbanyaklah berzikir, beristighfar, meminta syurga dan mohon perlindungan dsbg krn pd masa-masa itulah masa yg terpenting terbukanya pintu maghfirah.
15. Perbanyaklah berdoa utk kebaikan diri, ibu bapa, anak-anak dan untuk kebaikan semua para muslimin.
16. Bertaubatlah kpd Allah dgn taubat nasuha.

Puasa juga mengajar kita untuk terus bersyukur di atas nikmat yg Allah berikan kepada kita. Mari sama2 kite renungkan dan hayati mesej tersirat drpd VIDEO ini. Sesungguhnya kite lebih beruntung drpd mereka di sana. Moga2 nikmat yg Allah berikan ni bukanlah untuk lebih melalaikan kite melainkan utk meningkatkan iman dan takwa terhadap-Nya. Insya-Allah.

No comments: