Pages

April 12, 2005

Al-Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancurbinasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudahmati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yangtelah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecahhancur,rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalanihukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi,didapati bertukarwajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat apiyang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telahberada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikankiamat.

Lantas mereka berkata :"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami(kubur ) ?"(Yassin: 52 )

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian,tidak berkasut dan sebagainya.Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pundibadan.Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa:

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka sukamembuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankanhukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang merekalakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dansentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yangbercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yangdiucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepadaubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai.Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. ( mencarikemewahan dunia dengan memperalatkan agama.)
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang.Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-ceritadalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakitiorang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang(lalai dalam sembahyang)
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini didunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar darimulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busukdari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkanmanusia, tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang iniselalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk daridalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit.Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu sukaberbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Merekainilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hinggake perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri danbertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Satu pertanyaan timbul dikalangan ahli Mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar ?. Tidak siapapun yg tahu. Perit deritadialami berada disitu, dalam tangis dan keluhan yg tidak berhenti-henti namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, dalam keadaantidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutirmakanan yg mengisi perutnya, tanpa setitik air yg membasahi tekaknya sejaksekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yg bolehmemberikan sedikit kelegaan.Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak setengahnya pulaberdiri dgn kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat.

Suatu jangka masa yg tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari kerana matahari sudah tidak beredar seperti didunia dahulu.Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala,betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat. Saidina Hasan r.a menjelaskanbahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahunmengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selamakira-kira lima ribu juta tahun.Waktu yg begitu panjang itu hanya sekadar suatu tempoh bagi Allah SWTmembiarkan manusia dibumi mahsyar, suatu tempoh deraan yg tidak tertanggungoleh manusia sementara menuggu hari perhitungan amal. Berdiri dalamberhimpit-himpitan seperti yg diibaratkan oleh Rasululluah s.a.w laksanaanak-anak panah yg disumbatkan ke dalam bakul dengan bersesak-sesak.Demikianlah penghuni mahsyar berhimpit padat sehingga tidak ada ruang untukbernafas, menahan dahaga bagaikan terbakar rengkung dan rasa lapar yg tidakdapat dibayangkan lagi.
Dikala itu tiba-tiba Allah SWT perintahkan seluruh penghuni mahsyar supayaberpaling kearah neraka. Ini arahan pertama dari Allah SWT kepada ahlimahsyar setelah mereka idak dipedulikan selama 300 tahun, tidak dipedulikanoleh Allah sudah merupakan azab buat mereka,betapa pula apabila merekadiarah menghadap ke arah neraka yg apinya menjulang, dengan arahan itutidak seorang pun yg dapat berpaling dari neraka kecuali mereka yg mendapatrahmat Allah.Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untukmereka, pada mulanya ahli mahsyar bergembira tetapi malangnya air itutersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke mulut ahlimahsyar, lantas daging muka mereka luruh berguguran kerana air yg dibawaoleh malaikat Zabaniah terlalu panas. Muka mereka hanya tinggal tengkorak yg hangus.

Demikianlah Allah SWT menunaikan janjinya bahawa Tuhan akan menjadi raja ygmemerintah pada hari akhirat, suatu hari yg amat digeruni oleh para malaikat. Malangnya hari itu telah dilupai oleh para raja dan pemerintah didunia, sehingga mereka melakukan kezaliman yg besar apabila engganmelaksanakan hukum dan peraturan Allah.Ketika Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya di dunia kebanyakan manusia ambil peduli. Allah SWT berfirman melalui Rasul-Nya menyatakan bahawa kasih sayang Allah mengatasi kemarahan-Nya, dengan sifat-Nya yg Maha Halus danMaha Penyantun, manusia dirayu dengan penuh kasih sayang agar berimandengan Allah dan hari akhirat tetapi tidak ramai yg menghiraukan rayuanAllah.Pada hari Mahsyar tibalah masanya bagi Allah membuktikasn peringatannyatentang bahaya hari akhirat bagi mereka yg mendustakannya. Mahsyar bukanlah hari pembalasan yg sebenar. Ia hanya sekadar suatu perhimpunan sementara menunggu perhitungan amal. Namun kebanyakan ahli mahsyar mengeluh tidak tahan lagi berada lebih lama disana.Dalam keletihan yg tidak terhingga dan rasa lapar dahaga yg menghiriskerana jutaan tahun (menurut ukuran masa) tidak ada sebutir makanan atausetitik air yg masuk ke perutnya.

Ketika itu kedengaran dikalangan mereka yg berkata: "Tidak adakah dikalangan kita yg boleh mengadu dengan Tuhanagar disegerakan hukuman".Ada juga terdengar suara dikalangan ahli mahsyar yg memberikan cadanganagar berjumpa Nabi s.a.w.. Ketika inilah baru mereka ingat akan Nabi s.a.w,ketika inilah baru mereka ingat agar berjumpa Nabi, walaupun semasa diduniadahulu mereka langsung tidak menghiraukan seruan nabi, malah ada ygmendustakan dan memusuhi Nabi serta membuat tuduhan terhadap nabi sebagaiahli sihir,orang gila dan sebagainya.Ketika itu, kebanyakan para Nabi enggan menerima rayuan mereka sambilberkata "Bahawa hari ini masing-masing membawa diri, nafsi-nafsi, urusanaku terlalu banyak dan tidak sempat untuk memikirkan hal orang lain. Hariini adalah hari bagi tuhan memperlihatkan kemurkaan-Nya, belum pernah Tuhanmarah sedashyat hari ini".Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan meminta agar dirimereka diberi syafaat, Nabi memberikan syafaatnya sebagaimana yang pernahdijanjikan , tetapi hanya kepada orang-orang tertentu yang pernah mengikatperjanjian dengan Allah dengan keimanan yang tinggi dan amal soleh .

NabiMuhammad s.a.w telah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana yang tersebutdidalam Surah Thahaa ayat 109 yang bermaksud..."Pada hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang hanya Allah Maha Pemurah telah memberikeizinan kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya".Menurut Imam Al-Ghazali bahawa mana-mana orang yang berumurpanjang,sedangkan dia terlalu teruk menanggung sabar kerana ujiankeimanannya terhadap Allah, sabar dari segala runtunan hawa nafsu ,sabarmenghadapi ancaman seteru-seteru Allah , maka bagi orang itu akan terasapendek masa yang dilalui dihari Mashyar.Justeru orang-orang yg beriman dan patuh kepada semua suruhan Allah sertamenghindari segala pantang larang dari perkara-perkara yg haram ,makabanyak masalah yg ditempuhinya , kesukaran dan berbagai ujian keranamentaati suruhan Allah . Apabila manusia dalam sengsara akan menjadikan manusia terasa terlalu lama hidup di dunia. Sekiranya dia berhati sabarmenempuh segala halangan dan cubaan ,maka wajarlah ia menerima rahmat dariAllah dengan menjadikan masa yang singkat sewaktu berada di Mashyar.Hal-hal inilah yang menjadi pendorong dan semangat terutama kepada merekayang berjihad didalam harakah Islamiah ,kerana berada dalam gerakan Islamitu pasti akan menempuh berbagai ujian,dimusuhi dan dibenci olehorang-orang yg tidak senang.Disebabkan menyokong gerakan Islam , akibatnyadia menerima berbagai sekatan,dihalang dari menerima bantuan,dicerca ,dipulau dan dimaki.Namun kesemua itu akan menjadi suatu yg mendatangkan rahmat kepadanya dimashyar kelak, apabila dia sabar diatas segala rintangan itu.Ketika manusiadiperam dan dijeruk didalam lautan keringat dan airmata dihari Mashyar,maka Allah kurniakan rahmat terhadap mereka dengan menjadikan jangkamasanya singkat di bumi Mashyar.Walhal bagi orang lain yg tidak mendapatrahmat dan syafaat , tetap merasai suatu jangka masa sehingga ribuan jutatahun.Orang-orang yg beriman sering memikirkan kesengsaraan hari mashyar ygderitanya tidak terperi, dia sedar bahawa sebagai manusia yg lemah tidakmampu menanggung azab yg begitu lama di bumi mashyar, justeru itu diasanggup menanggung kesusahan yg sebentar didunia semata-mata kerana hendakmentaati segala perintah Allah dan menjauhi apa jua larangan-Nya, sertamemperjuangkan agama-Nya agar ia sentiasa terbela walaupun ramai dikalanganmanusia yg membencinya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Kepada orang mukmin yng menanggungsengsara kerana beriman dengan Allah SWT , maka ia akan diringankan sepertilebih ringannya dia melakukan solat fardhu semasa di dunia".

No comments: